
|
Jangan Ditanya Kenapa
Thursday, 20 December 2012 | 00:15 | 0 comments
Hah , dah bagi salam tu kenalah jawab .
Wajib ! wajib ! :)
* tiup habuk * dah lame tak mengupdate
blog ni . Atas sebab ade orang yang tanya
kemane mengilangnye aku sampaikan
aku abaikan blog ni ! Hey2 i'm
back okay !
kali ni aku nak share something dengan
korang korang . . wah kemain lagi .
tak salah kan nak share ..
"Kenapa engkau berubah ?"
"Kenapa engkau alim sangat sekarang ?"
"Kenapa itu dan kenapa begini ?"
Yeah , bende ni lah yang aku nak share dengan korang
semua . Dalam kehidupan mesti pernah berlaku
dalam situasi seperti diatas kan ?
Hrmm , okey let's me explain . Dalam menuju perubahan
diri , tak mustahil ada pelbagai persoalan
dan respon daripada masyarakat sekarang . Bagi aku
sendiri , jangan lah ditanya kenapa dia berubah. Aku repeat okey ,
jangan ditanya kenapa dia berubah tetapi
tanyalah pada diri mengapa kita perlu berubah . . .
Manusia kan . .bila bila masa saja boleh berubah .
betul tak ? Manusia ni jugak berubah sebab ape ek ?
hah , sebabnye mereka berubah untuk mendapatkan
rahmat Allah s.w.t :) Oh ye , aku ingat lagi
ustazah aku penah pesan dekat aku .
"Kalau kita tau seseorang itu ingin berubah ,
berilah semangat kepada mereka"
Sebenarnya tak rugi pun kita mendoakan sahabat kita
yang nak berhijrah . Lagi lagi kita ni saudara sesama umat islam .
Kalau korang perasan , artis artis melayu pun
banyak yang dah berhijrah . Yang mulenye free hair
dah pakai tudung . cantik dan tenang je aku rase . *kan kan ?*
Alhamdulillah , sebab dah sampai masenye hidayah Allah
sampai dekat diorang . . Kita dihidupkan didunia ni bukannya
berfoya foya or what else . . hidup mesti ade arah tuju .
untuk apa kita hidup kat dunia tak
lain dan tak bukan untuk sujud kepada Allah .
Macam kita periksa UPSR , PMR , SMA , SPM laa . .
Target korang mesti nak dapat straight A++ kan ?
#fikir fikirkan lah#
Okey okey , aku rase aku dah share ape yang aku patut
share dengan korang . . Aku rase macam aku dah kasi ceramah
pulak kan ? haha . .Lastly but not least ok !
I like to say , pada kawan kawan yang sangat sangat
memahami dengan perubahan sahabatnye itu pasti hanya akan tersenyum
dan sentiasa mendoakan sahabatnya .
Ingat , , orang yang suke mempersoalkan perubahan
diri seseorang itu seolah olah die mempersoalkan
kepada Allah . .*TAKEANOTE*
Moga kite semua mendapat iktibar . InsyaAllah . .
Pearls of iman said <3: Berubahlah selagi ada masa untuk berubah dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taa'la :D
|