
|
Kekasihku Ya Rasulullah
Friday, 25 January 2013 | 07:36 | 0 comments
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..
Memandangkan hari ni adalah Maulidur Rasul . Jadi kita sebagai
umat islam banyak banyakkanlah selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w
one of the simplest and suitable selawat for any time is
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍoh ye , masa yang paling sesuai untuk kite berselawat apabila :
1. bila dengar orang sebut nama Nabi Muhammad SAW
2. lepas berwudhu'
3. bila masuk/keluar masjid
4. bila bila mengingatinya
Memandangkan hari ni Sambutan Maulidur Rasul jugaklah sekolah aku mengadakan ceramah tentang Maulidur Rasul . Series aku cakap , tak rugi kot ! Pengisian dalam ceramah tu memang mantap .Syabas ustaz Fauzi . Memang ceramah die menusuk ke kalbu aku . haha .Bukan tu je , tayangan tentang Rasulullah pun ade . Air mata aku tahan tak tahan je nak kuar .Tak sabar sabar nak gugur . hehe . Yela bile kite hayati , fahami dan menjiwai betul betul . .kompom ah meleleh ! mwahaha . Rasulullah . Sape yang tak sayang Rasulullah . Walaupuntak pernah jumpe dan melihat depan mata sendiri , perasaan rindu terhadap Rasulullah tak dapat aku nak tepis . Memang rindu sesangat !
Dah jadi kebiasaan , tiap kali sambutan Maulidur Rasul mesti ada yang berarak sambil berselawat dan disertai dengan jamuan makan ! Makan , makan ! tu jela tau .
Yang pastinya . kita ni bukan setakat berarak and macam yang aku sebut tadi tu *roll your eye. Dan bukan tujuan untuk suka suka atau menunjuk-nunjuk . Ia bertujuan untuk kita sebagai umat islam kalau boleh . . bukan kalau boleh dah , tapi memang perlu untuk kita mengimbau kembali pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama islam di muka bumi ni .
Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Sebab tulah, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman. Macam yang kita tau ,baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara. Hebat kan Rasulullah ^^
Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)
Ayat al-quran pun dah jelas tentang tu . Jadi kita sama samalah mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita . Mungkin ade kekurangan pada pengisian kat blog aku kali ni . Tapi , aku kesah ape . hehe . Yang penting ade isi kan ? Lagi panjang aku tulis , habaq mai sikit . Korang larat ke nak bace ? Tepuk dada tanya sama lu punya hati :)
Pearls of iman said : Jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk dijadikan panduan dalam menuju kearah islam yang benar benar islam .
|