
|
Kenapa masalah selalu je datang?!
Monday, 11 February 2013 | 21:28 | 0 comments
******************************
Cik Y: Yela , aku ni sape bagi korang . Tak patut tau benda2 rahsie ni . Lagi pun skang ni kan aku memang dah tak selalu bersama dengan korang .
Wow! ayat die buat aku tersentap out of the blue .
Me: Sape pulak yang kate macam tu ? Tak semestinye kau dah tak selalu bersama dengan kitorang bermakna kau tak perlu tau sume bende ?
Cik Y: Erhm ,, yela sekarang ni aku sedar aku sape . Aku selalu tak ade dengan korang . Lagi lagi aku buzy sangat tahun ni . Sekarang ni pun aku lebih rapat dengan budak budak lain . Mesti korang pikir yang bukan bukan kat aku kan ?
Me: Cik Y , kitorang tak pernah kate yang bukan bukan kat kau . Cik Y tau tak , setiap kali Cik Y badmood .. ayat yang selalu aku dengar diorang cakap "oh , die penat tu . Kesian die".
Cik Y: Ape yang patut aku buat ? Aku tension sangat tahun ni . Aku rasa aku tak dapat jalankan sepenuhnye tanggungjawab aku . Aku tak dapat nak seimbangkan kawan dan amanah ! (nada sedih)
*******************************
Dialog di atas hanyalah melalui texting . Mule mule rase macam nak marah pun ade tapi bile bace balik .. alahai kesiannye .. Sebagai kawan saya berkata " Cik Y perlu seimbangkan antara amanah , kawan dan jugak study . InsyaAllah Allah sedia membantu dan Allah akan permudahkan Cik Y . "
Kadang kadang ujian yang Allah turunkan kepada kita , mesti kite merungut . Kan 3x ?? Ye , termasuklah aku .*mengaku. Tipulah kalau korang kate tak pernah merungut .
Firman Allah dari surah al - baqarah yang bermaksud
Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya . Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang dilakukannya . Mereka berdoa, Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami meakukan kesalahan . Ya Tuhan kami , jangan Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana yang Engkau pernah berikan kepada orang orang yang sebelum kami . Ya Tuhan kami , janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya . Maafkanlah kami , ampunkanlah kami dan rahmatilah kami . Engkaulah pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang orang kafir .
Jadi , wake up guys ! Jangan jadikan beban tu menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu . Ingat Allah sentiase bersama kita . Allah bagi ujian kepada kita kerana Dia lebih menyayangi kita !
Pearls of iman said: Dengan mengingati Allah , hati kita akan menjadi tenang dan tenteram . :)
|